Pengesahan Perkhidmatan Penting semasa Perintah Kawalan Pergerakan oleh Bank Negara Malaysia
Apr 3, 2020
Bank Negara Malaysia telah mengesahkan bahawa pemprosesan dan pengendalian tuntutan insurans dan takaful serta pengeluaran surat jaminan adalah termasuk perkhidmatan penting semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kami berbangga dapat berkhidmat untuk anda dan keluar bekerja agar anda dan keluarga mendapat perlindungan sewajarnya.