Dana MOH FWD MY Heroes adalah satu dana khas oleh FWD Takaful untuk membantu petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dijangkiti virus COVID-19 sewaktu bertugas menangani penularan wabak COVID-19.

SKOP

  1. Petugas barisan hadapan KKM adalah termasuk doktor, jururawat, paramedik, juruteknik makmal, pekerja ambulans, pekerja pentadbiran hospital dan kakitangan KKM yang dikenalpasti untuk bertugas secara rasmi bagi menangani penularan wabak COVID-19.
  2. Dana ini bertujuan untuk membantu petugas barisan hadapan yang dijangkiti virus COVID-19 sewaktu bertugas menangani penularan wabak ini.
  3. Dana ini juga boleh dimanfaatkan kepada ahli keluarga petugas barisan hadapan yang dijangkiti virus COVID-19 daripada kakitangan tersebut.
  4. Manfaat dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga dana keseluruhan berjumlah RM10 juta (tambahan RM5 juta) habis diguna pakai, yang mana berlaku dahulu.

Pembayaran

  1. Tarikh perlaksanaan dana: 1 April 2020
  2. Pembayaran Ihsan:
    • Pembayaran Ihsan dibayar sekiranya berlaku kematian petugas barisan hadapan sahaja.
    • Sejumlah RM 40,000 akan dibayar sekiranya kematian disebabkan oleh jangkitan COVID-19.
    • Sejumlah RM 10,000 akan dibayar sekiranya kematian akibat lain-lain sebab.
  3. Elaun Pelepasan:
    • Elaun Pelepasan akan dibayar sekiranya petugas barisan hadapan dan ahli keluarga mereka dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan akibat jangkitan COVID-19.
    • Sejumlah RM 10,000 akan dibayar sekiranya dimasukkan ke ICU.
    • Sejumlah RM 2,000 akan dibayar sekiranya dimasukkan ke wad biasa. Kelayakan bagi pembayaran elaun pelepasan bagi wad biasa akan bergantung kepada nasihat yang diberikan oleh KKM yang dibuat berdasarkan pengesyoran oleh Ketua Jabatan petugas barisan hadapan berdasarkan garis panduan yang akan dikeluarkan oleh KKM.
    • Ahli keluarga adalah termasuk pasangan sah, anak-anak dan ibubapa. Anak-anak mestilah berusia tidak kurang dari 25 tahun, belum berkahwin dan tidak bekerja.
  4. Pembayaran dari dana ini hanya untuk petugas barisan hadapan yang dijangkiti virus COVID-19 sewaktu bertugas. Sekiranya petugas barisan hadapan dijangkiti virus COVID-19 bukan semasa bertugas, FWD Takaful mempunyai hak untuk tidak membuat sebarang pembayaran.

Cara Membuat Tuntutan

  1. Isi borang tuntutan yang dilampirkan. Sila rujuk Muat Turun
  2. Tandatangan Orang yang Menuntut (Claimant).
  3. Sertakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • (i) Borang Tuntutan yang Lengkap
    • (ii) Salinan No. Pekerja KKM yang diakui sah
    • (iii) Salinan Sijil Kematian yang diakui sah (untuk tuntutan kematian sahaja) atau Salinan Nota atau Rumusan Discaj daripada Hospital Kerajaan atau Surat Kuarantin daripada Pusat Kuarantin/ hospital yang diakui sah (perlu dinyatakan dengan Diagnosis, Tarikh Kemasukan dan Tarikh Discaj)
    • (iv) Salinan Keputusan Positif bagi Ujian COVID-19 yang diakui sah
    • (v) Salinan Kad Pengenalan untuk Pekerja atau Orang yang Menuntut yang diakui sah
    • (vi) Salinan Sijil Nikah (tuntutan untuk pasangan) / Sijil Kelahiran (untuk tuntutan anak) / Sijil Kelahiran Penuntut (untuk tuntutan ibu bapa) / Sijil Anak Angkat dari JPN (untuk tuntutan anak angkat) yang diakui sah
    • (vii) Salinan Dokumen Perbankan Atas Talian / Penyata bank / Muka hadapan buku akaun bank (Hanya akaun bank didaftar dengan 12 angka No. K.P.)
  4. Dapatkan Pengesahan dan tandatangan Ketua Jabatan, serta cop Majikan
  5. Kirimkan borang tuntutan serta semua dokumen tuntutan kepada:

    Pusat Khidmat Tuntutan
    CuepacsCare4U Solutions Sdn Bhd
    B-5-3, Pusat Perdagangan Intania,
    Jalan Intan 1/KS1,
    Persiaran Raja Muda Musa,
    41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
    Tel : 03 3374 6268
    Faks : 03 3374 1095
    Emel : admin@cc4usolutions.my

  6. Pastikan semua ruangan di dalam borang tuntutan diisi sepenuhnya dan dokumen sokongan telah dilengkapkan.
  7. Senarai dokumen di atas merupakan rujukan sebelum menyerahkan sebarang tuntutan. Pihak kami berhak untuk meminta dokumen dan maklumat lain yang berkaitan.
  8. Dokumen Salinan perlu diakui sah oleh pihak yang diberi kuasa, seperti Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.
  9. Keputusan pembayaran semula adalah tertakluk kepada terma dan syarat.