Berita Baik! Dana Khas RM5 Juta FWD MOH My Heroes bagi Pejuang Covid-19 ditambah sebanyak RM5 juta lagi. Manfaat dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Cuepacscare4U Solutions Sdn Bhd menguruskan Dana MOH FWD My Heroes yang didedikasikan buat
petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keluarga mereka.
Semua petugas barisan hadapan KKM berhak mendapat pembayaran ihsan kematian akibat COVID-19
atau sebab lain. Selain itu, elaun pelepasan diberikan untuk kemasukan ke wad disebabkan COVID-19
bagi petugas atau ahli keluarga jika jangkitan COVID-19 berpunca semasa bertugas. Untuk maklumat
lanjut, layari https://www.cc4usolutions.my/panduanmoh.aspx
#kitajagakita #FWDtakaful #cuepacscare #cc4usolutions
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Pusat Khidmat Tuntutan Cuepacscare di bawah
kendalian Cuepacscare4U Solutions Sdn Bhd beroperasi seperti biasa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu,
kami tidak pernah tutup walaupun untuk seminit!
Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Surat Jaminan/Guarantee Letter (GL) dan tuntutan
pembayaran semula sila hubungi talian 03-33746268 atau emel ke admin@cc4usolutions.my.
Jangan bimbang! #Dudukrumah tidak menghalang kami untuk membantu anda