PANDUAN TUNTUTAN DANA MOH FWD MY HEROES

  1. Anda layak membuat tuntutan sekiranya anda kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas menangani penularan wabak COVID-19.
  2. Syarat bagi ahli keluarga yang dapat dilindungi oleh dana ini ialah:
    • pasangan sah
    • ibubapa kandung
    • anak-anak kandung berusia kurang dari 25 tahun, belum berkahwin dan tidak bekerja (termasuk anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara)
  3. Tuntutan terbahagi kepada pembayaran ihsan atau elaun pelepasan
    • Pembayaran Ihsan- Sekiranya berlaku kematian petugas barisan hadapan, anda boleh menuntut untuk pembayaran ihsan RM40,000 (kematian akibat jangkitan COVID-19) atau RM 10,000 (kematian akibat sebab lain)
    • Elaun Pelepasan- Sekiranya anda seorang petugas barisan hadapan, dan anda atau ahli keluarga dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan akibat jangkitan COVID-19., anda boleh menuntut untuk elaun pelepasan RM10,000 (kemasukan ke ICU) atau RM2,000 (kemasukan ke wad biasa).
  4. Pastikan anda menyemak senarai dokumen yang diperlukan untuk tuntutan seperti berikut:
    • Borang Tuntutan yang Lengkap. Sila rujuk Muat Turun
    • Salinan No. Pekerja KKM yang diakui sah
    • Salinan Sijil Kematian yang diakui sah
    • Salinan Nota atau Rumusan Discaj daripada Hospital Kerajaan yang diakui sah
      (perlu dinyatakan dengan Diagnosis, Tarikh Kemasukan dan Tarikh Discaj)
    • Salinan Keputusan Positif bagi Ujian COVID-19 yang diakui sah
    • Salinan Kad Pengenalan (Kakitangan KKM dan Waris yang Membuat Tuntutan) yang diakui sah
    • Salinan Bukti Hubungan dengan ahli / ahli-ahli keluarga yang diakui sah
    • Salinan Dokumen Perbankan Atas Talian / Penyata bank / Muka hadapan buku akaun bank yang diakui sah
      (Hanya akaun bank didaftar dengan 12 angka No. K.P.)
  5. Sila poskan borang dan dokumen yang lengkap ke alamat:

    CUEPACSCARE4U SOLUTIONS
    SDN BHD (587177-U)
    B-5-3, Pusat Perdagangan Intania,
    Jalan Intan 1/KS1,
    Persiaran Raja Muda Musa,
    41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
    TEL: 03-3374 6268
    FAKS: 03-3374 1095

  6. Pastikan semua ruangan di dalam borang tuntutan diisi sepenuhnya dan dokumen sokongan telah dilengkapkan.
  7. Senarai dokumen di atas merupakan rujukan sebelum menyerahkan sebarang tuntutan. Pihak kami berhak untuk meminta dokumen dan maklumat lain yang berkaitan.
  8. Dokumen Salinan perlu diakui sah oleh pihak yang diberi kuasa, seperti Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.
  9. Keputusan pembayaran semula adalah tertakluk kepada terma dan syarat.