Pusat Khidmat Pelanggan 24 Jam Sakit tidak mengenal waktu! Oleh kerana itu, kami menyediakan: Pegawai Khidmat Pelanggan yang mesra dan berpengalaman Sistem Pengesanan Maklum-Balas/Masalah yang bersepadu Mengendalikan persoalan dan pertanyaan melalui telefon Komunikasi pantas dengan kakitangan hospital
Permohonan Surat Jaminan Pelbagai hospital swasta mengiktiraf keunggulan perkhidmatan kami. Dengan surat jaminan, anda boleh masuk ke hospital tanpa bayaran. Antara perkhidmatan kami: Memproses Surat Jaminan bagi kemasukan ke hospital dalam masa 45 minit sahaja Memproses Surat Jaminan bagi discaj dalam masa 1 jam sahaja Menghubungi pelanggan secara langsung bagi setiap permohonan Surat Jaminan Pegawai Khidmat Tuntutan yang cekap dan professional
Tuntutan Pembayaran Semula Anda boleh mendapat rawatan di hospital pilihan anda walaupun tidak termasuk dalam senarai hospital panel. Sekiranya anda membayar sendiri, anda boleh menghantar tuntutan kepada kami untuk pembayaran semula (tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam polisi takaful). Kami memastikan: Pembayaran semula dilaksanakan dengan segera Pemakluman kepada pelanggan sekiranya dokumen/maklumat tidak lengkap Pegawai bersedia menjawab sebarang pertanyaan mengenai status tuntutan