Soalan Lazim

Permohonan Surat Jaminan/Guarantee Letter (GL) hendaklah dilakukan sebelum kemasukan ke wad.

Anda hanya perlu memberitahu hospital panel bahawa anda hendak menggunakan kad Cuepacscare. Hospital panel akan memberi anda borang kemasukan Cuepacscare yang perlu diisi dengan lengkap. Setelah hospital panel menghantar kepada kami borang kemasukan Cuepacscare anda, laporan perubatan dan dokumen yang berkaitan, kami akan memproses permohonan anda. Kami akan menghubungi semula anda untuk memberitahu keputusan permohonan Surat Jaminan/Guarantee Letter (GL) dalam tempoh 45 minit daripada penerimaan permohonan.

Bagi penghospitalan di luar negara, anda perlu membayar sendiri bil berkenaan. Sekiranya anda tinggal di luar negara kurang daripada 90 hari, anda boleh menghantar borang tuntutan bagi pembayaran semula beserta dokumen yang diperlukan. Anda boleh mendapatkan borang tuntutan beserta panduan di bahagian muat turun
Tuntutan pembayaran semula akan diproses bedasarkan terma dan syarat yang terkandung dalam polisi takaful anda. Antara syarat pembayaran semula bagi penghospitalan di luar negara ialah pesakit tidak tinggal di luar negara melebihi 90 hari dan penghospitalan tersebut adalah diperlukan bagi rawatan segera (kecemasan) dan bukan untuk penyakit kronik yang boleh ditangguhkan rawatan.

Anda boleh terus menggunakan kad perubatan Cuepacscare bagi kes kemalangan.

Bagi penyakit lain yang bukan disebabkan oleh kemalangan, anda hanya perlu menunggu 30 hari selepas kad perubatan Cuepacscare aktif, untuk menggunakan kad perubatan Cuepacscare. Sila hubungi Pusat Khidmat Tuntutan Cuepacscare di talian 03-33746268 bagi maklumat lanjut.

Terdapat penyakit yang tidak dilindungi dalam tempoh 120 hari pertama daripada tarikh kad perubatan Cuepacscare aktif seperti berikut:
  • Hipertensi, Diabetes Mellitus and penyakit kardiovaskular
  • Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem billari
  • Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  • Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
  • Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
  • Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.

Untuk senarai lengkap pengecualian, sila rujuk Pengecualian.

Sila hubungi Pusat Khidmat Tuntutan Cuepacscare di talian 03-33746268 bagi maklumat lanjut.