Soalan Lazim
Anda boleh menggunakan kad perubatan Cuepacscare bila bila masa sahaja, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Permohonan Surat Jaminan/Guarantee Letter (GL) hendaklah dilakukan sebelum kemasukan ke wad.
Anda hanya perlu memberitahu hospital panel bahawa anda hendak menggunakan kad Cuepacscare. Hospital panel akan memberi anda borang kemasukan Cuepacscare yang perlu diisi dengan lengkap. Setelah hospital panel menghantar kepada kami borang kemasukan Cuepacscare anda, laporan perubatan dan dokumen yang berkaitan, kami akan memproses permohonan anda. Kami akan menghubungi semula anda untuk memberitahu keputusan permohonan Surat Jaminan/Guarantee Letter (GL) dalam tempoh 45 minit daripada penerimaan permohonan.
Tuntutan pembayaran semula akan diproses bedasarkan terma dan syarat yang terkandung dalam polisi takaful anda.
Ya, anda boleh menggunakan kad perubatan Cuepacscare bagi permohonan Surat Jaminan/Guarantee Letter (GL) di hospital panel untuk pembedahan harian yang tidak memerlukan anda untuk bermalam.
Ya, anda boleh menggunakan kad perubatan Cuepacscare bagi permohonan Surat Jaminan/Guarantee Letter (GL) di hospital panel untuk rawatan pesakit luar bagi kes kemalangan sahaja di mana rawatan tersebut didapatkan dalam tempoh 24 jam daripada waktu kejadian kemalangan tersebut.
Setelah hospital panel menghantar kepada kami laporan discaj, kami akan memproses bil anda. Kami akan menghantar semula Surat Jaminan Akhir/Final Guarantee Letter (FGL) dalam tempoh 1 jam daripada laporan discaj diterima.
Tuntutan pembayaran semula akan diproses bedasarkan terma dan syarat yang terkandung dalam polisi takaful anda. Antara syarat pembayaran semula bagi penghospitalan di luar negara ialah pesakit tidak tinggal di luar negara melebihi 90 hari dan penghospitalan tersebut adalah diperlukan bagi rawatan segera (kecemasan) dan bukan untuk penyakit kronik yang boleh ditangguhkan rawatan.
Bagi penyakit lain yang bukan disebabkan oleh kemalangan, anda hanya perlu menunggu 30 hari selepas kad perubatan Cuepacscare aktif, untuk menggunakan kad perubatan Cuepacscare. Sila hubungi Pusat Khidmat Tuntutan Cuepacscare di talian 03-33746268 bagi maklumat lanjut.
- Hipertensi, Diabetes Mellitus and penyakit kardiovaskular
- Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem billari
- Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
- Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
- Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
- Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.
Sila hubungi Pusat Khidmat Tuntutan Cuepacscare di talian 03-33746268 bagi maklumat lanjut.