Pusat Khidmat Tuntutan sentiasa beroperasi tanpa henti sepanjang masa, 7 hari seminggu. Pegawai khidmat pelanggan sedia untuk membantu anda bila-bila masa sahaja walaupun pada jam 3 pagi. Pegawai tuntutan kami cekap memproses tuntutan dengan pantas dan mudah walaupun pada cuti umum.
Matlamat kami adalah untuk memberikan anda perkhidmatan berkualiti apabila anda memerlukannya. Kami telah memudahkan ribuan rakyat Malaysia daripada pelbagai jabatan, syarikat, badan berkanun, dan agensi untuk menerima rawatan di hospital-hospital swasta di Malaysia.
Pengalaman hampir 20 tahun membolehkan kami memberi solusi yang tepat bagi keperluan anda. Kami telah menerima pelbagai pengiktirafan berkenaan kecemerlangan kami dalam industri pengurusan kesihatan dan takaful.
Perkhidmatan

Pusat Khidmat Pelanggan 24 Jam
Sakit tidak mengenal waktu! Oleh kerana itu, kami menyediakan pegawai Khidmat Pelanggan yang mesra dan berpengalaman

Permohonan Surat Jaminan
Pelbagai hospital swasta mengiktiraf keunggulan perkhidmatan kami. Dengan surat jaminan, anda boleh masuk ke hospital tanpa bayaran

Tuntutan Pembayaran Semula
Anda boleh mendapat rawatan di hospital pilihan anda walaupun tidak termasuk dalam senarai hospital panel
Testimoni